sksom.zoom-a.com



| HOME | SEJARAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | IKRAR SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | PELAN SEKOLAH 2009 | GAMBAR SEKOLAH | GURU BESAR | CARTA ORGANISASI 2009 | STAF AKADEMIK 2009 | STAF SOKONGAN 2009 | SUKAN 2008 | AKTIVITI AG.ISLAM | GOTONG-ROYONG 2008 | MOTIVASI UPSR 08 | MAULIDUR RASUL 08 | BERCERITA 08 | NASYID 08 | MUAFAKAT 08 | HARI GURU 08 | FAMILY DAY 08 | BORIA 2008 | UPSR 2008 | KALENDAR SEKOLAH 2009 | FOTO KENANGAN 2006-2007 | HARI GURU 2007 | PROJEK BENDERA 2007 | BERCERITA2007 | SUKAN2007 | GOTONG-ROYONG 2007 | BERSAMA IBUBAPA2007 | MOTIVASI 2007 | MERDEKA 2007 | GAMBAR 2006 | FUN GAMES | SANA-SINI 2009 | MERDEKA 2007 |


SEKOLAH KEBANGSAAN SAYED OTHMAN

MIRI SARAWAK

SEJARAH & LATAR BELAKANG





Sekolah Kebangsaan Sayed Othman telah dibina pada tahun 1961 dan telah siap pada awal tahun 1962. Sekolah ini telah diberi nama Sekolah Rendah Kerajaan Sayed Othman, sempena memperingati jasa bakti seorang pemimpin Melayu tempatan iaitu En.Sayed Othman bin Sayed Zain.

Beliau merupakan seorang peniaga dan juga seorang guru agama yang giat mengembangkan ajaran agama Islam pada sekitar tahun 1920an. Apabila imam masjid Miri iaitu
 
Encik Awang Tabib telah uzur, maka Encik Sayed Othman dilantik selaku pengganti imam masjid Miri.

Dalam tahun 1920, Encik Sayed Othman telah mendirikan masjid kedua di Miri yang lebih besar daripada masjid Miri yang pertama. Di masjid kedua inilah, beliau meneruskan perjuangan menyebarkan syiar Islam kepada penduduk Miri dan sekitarnya. Encik Sayed Othman meninggal dunia pada tahun 1935 di Sibu.


Pada bulan Februari 1962, bangunan sekolah ini telah mula digunakan dan sebanyak 6 buah kelas telah dibuka, iaitu dari darjah 1 - 6. Murid-murid bagi pengambilan sesi pertama sekolah ini ialah murid-murid yang dipindahkan dari Sekolah Rendah Anchi. Tenaga pengajar pada awal pembukaan sekolah ini ialah seramai 7 orang guru termasuk Guru Besar.

Guru Besar yang pertama di sekolah ini ialah En. Wan Morshidi bin Tuanku Abdul Rahman, iaitu cucu kepada Encik Sayed Othman. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran berbangsa British, Encik Knight, selaku Pegawai Pelajaran Bahagian ke - 4 Miri ketika itu. Sejak sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1962, jumlah tenaga pengajar dan bilangan muridnya meningkat setiap tahun.



Setelah 45 tahun berlalu, sekarang ( 2008 ) sekolah ini mempunyai 25 orang guru, seorang pembantu tadbir, 2 orang pembantu pra-sekolah, seorang pembantu am rendah, 2 orang pekerja am ( swasta), 2 orang jururawat pergigian dan seorang sekuriti (swasta).

Dari segi kemudahan prasarana dan infrastruktur, bangunan sekolah ini masih lama tetapi sentiasa dibaikpulih. Sekolah ini dilengkapi dengan 2 buah kelas pra-sekolah, 12 kelas ( tahun 1- 6), sebuah makmal komputer, sebuah makmal akses internet, sebuah klinik pergigian, bilik pusat sumber, bilik buku teks (spbt), stor am, tandas dan taman permainan.

 
 



SHELL TRAFFIC GAME, OCTOBER 1965.

 



SEJARAH SEKOLAH
VISI & MISI SEKOLAHSUKAN 2008
SUKAN 2009
PELAN SEKOLAH
CARTA ORGANISASIMUAFAKAT 2008
MUAFAKAT 2009
LAGU SEKOLAHSENARAI GURU BESARGOTONG-ROYONG 2008
GOTONG-ROYONG 2009
LOGO SEKOLAHSTAF AKADEMIKMOTIVASI 2008
MOTIVASI 2009
IKRAR SEKOLAHSTAF SOKONGANBERCERITA 2008
BERCERITA 2009
GAMBAR SEKOLAH
HARI GURU 2008
HARI GURU 2009

MOTIVASI 2007
HARI KELUARGA 2008
HARI KELUARGA 2009

PROJEK BENDERA 2007
MAULIDUR RASUL 2008
MAULIDUR RASUL 2009

GOTONG-ROYONG 2007
MERDEKA 2008
MERDEKA 2009

MUAFAKAT 2007



MERDEKA 2007

SANA-SINI 2009



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: