sksom.zoom-a.com




LAMAN UTAMA
SEJARAH
LOGO SEKOLAH
VISI & MISI
IKRAR SEKOLAH
LAGU SEKOLAH
PELAN SEKOLAH 2014
GAMBAR SEKOLAH
GURU BESAR
CARTA ORGANISASI 2014
STAF AKADEMIK 2014
STAF SOKONGAN 2014
SUKAN 2008
AKTIVITI AG.ISLAM
GOTONG-ROYONG 2008
MOTIVASI UPSR 08
MAULIDUR RASUL 08
BERCERITA 08
NASYID 08
HARI GURU 08
FAMILY DAY 08
UPSR 2008
FOTO KENANGAN 2006-2007
HARI GURU 2007
PROJEK BENDERA 2007
BERCERITA2007
GALERI FOTO 2009
GALERI FOTO 2
KALENDAR 2010
GURU PRAKTIKUM
PIBG
AKTIVITI 2013

SEJARAH & LATAR BELAKANG

SEKOLAH KEBANGSAAN SAYED OTHMAN
MIRI SARAWAK




Sekolah Kebangsaan Sayed Othman telah dibina pada tahun 1961 dan telah siap pada awal tahun 1962. Sekolah ini telah diberi nama Sekolah Rendah Kerajaan Sayed Othman, adalah sempena memperingati jasa bakti seorang pemimpin Melayu tempatan iaitu Sayed Othman bin Sayed Zain.

Beliau merupakan seorang peniaga dan juga seorang guru agama yang giat mengembangkan ajaran agama Islam pada sekitar tahun 1920an. Apabila imam masjid Miri iaitu Encik Awang Tabib telah uzur, maka Sayed Othman dilantik selaku pengganti imam masjid Miri.



Dalam tahun 1920, Sayed Othman telah mendirikan masjid kedua di Miri yang lebih besar daripada masjid Miri yang pertama. Di masjid kedua inilah beliau meneruskan perjuangan menyebarkan syiar Islam kepada penduduk Miri dan sekitarnya. Sayed Othman meninggal dunia di Sibu pada tahun 1935.

Pada bulan Februari 1962,  bangunan sekolah ini telah mula digunakan dan sebanyak 6 buah kelas telah dibuka iaitu dari darjah 1 hingga darjah 6. Murid-murid bagi pengambilan pertama sekolah ini ialah murid-murid yang dipindahkan dari Sekolah Rendah Anchi.



Tenaga pengajar pada permulaannya ialah seramai 7 orang termasuk Guru Besar. Guru Besar yang pertama di sekolah ini ialah Encik Wan Morshidi bin Tuanku Abdul Rahman, cucu kepada Encik Sayed Othman.

Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran berbangsa Inggeris, Encik Bernard Walter Knight, selaku Pegawai Pelajaran Bahagian ke 4 ketika itu. Sejak sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1962, jumlah tenaga pengajar dan enrolmen pelajar meningkat.



Kini ( 2009 ) setelah 46 tahun berlalu, sekolah ini mempunyai seramai 26 orang guru, seorang pembantu tadbir, 2 orang jururawat pergigian, 2 orang pembantu pengurusan murid pra-sekolah, seorang pegawai am rendah, seorang juruteknik komputer, 2 orang pekerja am, dan seorang pengawal keselamatan.

 
Dari segi kemudahan dan infra-struktur, bangunan sekolah ini masih lama dan telah dibaikpulih dari masa ke semasa.

Sehingga kini, SK Sayed Othman telah dilengkapi dengan 2 buah kelas pra-sekolah, 12 kelas akademik , klinik pergigian, tandas, bilik RMT, stor pinjaman buku teks, kelas pemulihan akademik, makmal komputer, pusat sumber, makmal akses internet, stor am dan taman permainan. Jumlah pelajar adalah lebih kurang 300 orang.








SEJARAH SEKOLAH
VISI & MISI SEKOLAHUPSR 2008
PELAN SEKOLAH
CARTA ORGANISASIGAMBAR SEKOLAH
LAGU SEKOLAHSENARAI GURU BESARTAKWIM SEKOLAH 2010
LOGO SEKOLAHSTAF AKADEMIKHARI KELUARGA 2008

IKRAR SEKOLAHSTAF SOKONGANGURU PRAKTIKUM



SUKAN 2008



HARI GURU 2008





Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: